Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Air Terjun Lubuk Kain

AIR TERJUN LUBUK KAIN

Tahukah anda bahawa kawasan hulu dungun amat sesuai bagi aktiviti kembara dan perkelahan serta santai bersama keluarga. Antara tempat yang dicadangkan bagi aktiviti perkelahan adalah Air Terjun Lubuk kain yang terletak di Kampung Shukor, Hulu Dungun, Terengganu. Jarak dari Bandar Kuala Terengganu ialah 134KM dan 77KM dari Bandar Dungun serta 43KM dari Bandar Al Muktafi Billah Shah. 

Anda pasti terpesona dan teruja dengan kejernihan air disini. Pelbagai kemudahan telah tersedia disini seperti, kemudahan parkir, tandas awam, gerai makanan, sewaan pelampung getah, dan jalan raya bertar yang boleh dihubungi dari jalan utama.