Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Perhimpunan Bulanan Kali Ke 10/2013

Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali ke 10/2013 telah diadakan pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH. Di dalam perhimpunan kali ini, Pengurus Besar telah mengingatkan kepada semua kakitangan agar dapat meningkatkan prestasi kerja supaya imej jabatan dapat dipertingkatkan yang turut memberi impak kepada penduduk Wilayah KETENGAH. Selain itu, menurut beliau, Usahawan KETENGAH akan dipantau agar mutu produk dapat ditingkatkan supaya boleh diketengahkan kepada masyarakat luar wilayah. Dalam majlis tersebut juga, Pengurus Besar turut menyampaikan Sijil Perlantikan bagi ahli Akrab, Sijil Penghargaan Jawatankuasa KUD dan juga Sijil Penghargaan Penyertaan Inovasi KKLW 2013.

Kongsi artikel ini