Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

KETENGAH Juara Lagi

KETENGAH telah menjuarai Sepak Takraw kejohanan MAKSAK Negeri Terengganu pada 3 Februari 2017 bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Pasukan KETENGAH telah menyertai sebanyak 2 kategori  iaitu  Vateran dan Terbuka dan  telah berjaya mengetepikan pasukan dari  Bank Simpanan Nasional (BSN) di peringkat  separuh akhir. Kesungguhan dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh anak buah Tuan Haji Omar Bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH telah berjaya menjinakkan pasukan dari Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di peringkat akhir dengan keputusan 2.0. Dengan ini, KETENGAH berjaya mengekalkan kejuaraan sebanyak 3 tahun berturut-turut. Tahniah dan Syabas Kepada Pasukan Sepak Takraw KETENGAH.

Kongsi artikel ini