Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Program Taffaquh Fiddin

KETENGAH dengan kerjasama pengurusan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah akan mengadakan program Taffaquh Fiddin bermula pada 11 Februari 2017 hingga 31 Disember 2017. Kelas pengajian ini akan diadakan setiap hari sabtu minggu ke 2 dan ke 4 pada setiap bulan. Pada 11 Februari 2016 telah berlangsung kelas pengajian agama kali pertama yang dikendalikan oleh Y.Bhg Ustaz Ahmad Daud bin Ishak, Pensyarah UiTM kampus Bukit Besi, ilmu Tasawwuf - Manhaj Al Qasidin  pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, diikuti ceramah oleh Y.Bhg Ustaz Shukri bin Zakaria, Pesara JAKIM bermula 10.30 pagi hingga 11.30 pagi (Feqah-Fathul Qarib) dan pengajian Tauhid - Risalah Tauhid oleh Y.Bhg Ustaz Jaafar bin Said dari pukul 11.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari.

Kongsi artikel ini