Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

MAJLIS MESRA KASIH DAN PENYERAHAN KUNCI RUMAH PBR

Mempunyai kediaman yang lebih selesa dan selamat amat bermakna kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Keprihatinan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di atas keperluan golongan ini, maka melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) telah dilaksanakan.

Program Bantuan Rumah (PBR) ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar di mana kumpulan sasar yang dimaksudkan ini adalah golongan yang berdaftar dengan e-kasih.

Pada 17 Februari 2017, seramai lapan orang penerima Bantuan Rumah PBR ini telah menerima kunci rumah masing-masing daripada Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri merangkap ADUN Ajil, bertempat di Kampung Pela, Hulu Terengganu.

Majlis Mesra Kasih dan Penyerahan Kunci Rumah PBR ini turut dihadiri oleh pengurusan kanan KETENGAH.

 

 

Kongsi artikel ini