Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

BENGKEL TN50

TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. Ianya merupakan kesinambungan untuk melahirkan generasi yang berfikiran kreatif dan inovatif. Sejajar hasrat kerajaan tersebut, KETENGAH telah mengadakan satu bengkel Mind Discovery Hala Tuju KETENGAH TN50 pada 2 hingga 4 Mac 2017 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Bengkel ini bertujuan untuk percambahan idea, bertukar pandangan dan perbincangan menyatukan idea dalam merangka hala tuju baru pembangunan KETENGAH yang menjadi kesinambungan Perancangan Strategik KETENGAH 2020, seiring dengan senario perubahan pembangunan Negara ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50).

 

Kongsi artikel ini