Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB 2017)

Aspirasi murni Perdana Menteri menerusi Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB 2017) amat bertepatan dan seiring dengan misi yang digariskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi memperkasakan pendidikan di kalangan penduduk luar bandar. Dengan pendidikan sempurna yang diberikan kepada anak-anak penduduk luar bandar, KKLW percaya secara tidak langsung taraf hidup penduduk luar bandar juga akan terubah


Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang juga merangkap Menteri Mentor program ini, kejayaan program JPB 2016 yang dianjurkan bersama Yayasan Destinasi Anak Bangsa (YDAB), Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dan Koprojaya 2017 membawa kepada penerusan jelajah mencari pelajar miskin di seluruh negara.

JBP 2016 berjaya mengesan lebih 50,000 pelajar Bumiputera yang tercicir melanjutkan pelajaran dalam tempoh 2011 hingga 2015.

"Pada JPB 2016, 189,827 berjaya dikesan dan 80,631 daripada jumlah itu adalah calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). "Dari jumlah itu, sebanyak 37,324 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar untuk ditempatkan di 11 institusi pengajian tinggi dan kolej vokasional. Mereka telah memulakan pengajian pada Julai dan Disember 2016."

"Dari jumlah itu, sebanyak 37,324 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar untuk ditempatkan di 11 institusi pengajian tinggi dan kolej vokasional. Mereka telah memulakan pengajian pada Julai dan Disember 2016," katanya

Program diterajui Pengerusi Jawatankuasa Induk JBP, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga bekas Naib Canselor UiTM yang merupakan pengasa Jelajah Destini Anak Bangsa yang telah memberi peluang kepada 35,000 pelajar miskin dan tidak berkemampuan menyambung pelajaran. Hasilnya, Sebanyak 87 peratus lepasan Destini Anak Bangsa berjaya melanjutkan pelajaran sehingga peringkat diploma dan ijazah.

Ismail Sabri berkata, mereka yang menjadi sasaran utama JPB 2017 adalah pelajar Bumiputera yang telah menamatkan SPM dari 2012 hingga 2016 serta mempunyai keputusan baik atau memuaskan, tetapi tidak mendapat peluang untuk menyambung pelajaran mereka.

"Keutamaan JPB 2017 adalah golongan Bumiputera yang miskin dan tidak berkemampuan. Ia mensasarkan tiga matlamat iaitu mencari, mengenal pasti dan membantu."

Dengan 'tagline' #inilahpeluangku, JPB 2017 mensasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung ke semua 54 lokasi yang telah ditetapkan, dengan matlamat mendapat 100,000 prospek kerana kira-kira 50,000 surat tawaran menunggu mereka yang layak.

Kali ini, sebanyak 20 IPTA dan 12 kolej kemahiran menyertai JPB 2017, dengan sokongan padu dari Jabatan Perdana Menteri; KKLW; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sebelum ini Destini Anak Bangsa hanya terhad kepada pemilihan setakat 10,000 pelajar setahun dan cuma sebuah institusi terlibat iaitu UiTM, namun pada kali ini ruang dan peluang lebih besar akan dinikmati pelajar.

Menerusi JPB ini, sejumlah 37,000 pelajar akan dipilih setahun ke-10 institusi rakan strategik pendidikan iaitu UiTM, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Kali ini, sebanyak 20 IPTA dan 12 kolej kemahiran menyertai JPB 2017, dengan sokongan padu dari Jabatan Perdana Menteri; KKLW; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sosial, Facebook Page : Jelajah Pendidikan Bumiputera; URL (@jelajahpbofficial), Instagram (@jelajahpbofficialc); Twitter (@JelajahPBd) dan Youtube (Jelajah Pendidikan Bumiputera).

 

 

Sumber : Berita Harian Online, Utusan Malaysia

Kongsi artikel ini