Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Jom Ngail Riang Ria Keluarga KETENGAH.

Bagi mendekatkan dan merapatkan ikatan silaturahim bersama penduduk setempat, KETENGAH melalui Kelab Keluarga KETENGAH (3K) telah mengadakan Program Jom Ngail Riang Ria Keluarga KETENGAH bertempat di Tasik BALORA  Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi ini telah disertai seramai 200 orang yang terdiri daripada kakitangan KETENGAH dan penduduk tempatan. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan kepada peserta dan hadiah utama merupakan wang tunai sebanyak RM500 beserta barangan elektrik. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar Bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH. hadir sama pada majlis tersebut YM Tg Ahmad Nadzri bin Tg Musa, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Presiden Kelab 3K. Hadiah tempat pertama telah dimenangi oleh pemegang nombor joran 280 dengan berat ikan 1.385kg, tempat kedua nombor joran 230 dengan berat ikan 1.16kg manakala tempat ketiga pula nombor joran 302 dengan berat ikan 0.80kg. Disamping itu sebanyak 70 cabutan bertuah telah disediakan. Tahniah dan syabas kepada para pemenang.

Kongsi artikel ini