Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Passion To Lead Rural Transformation

Kecemerlangan sesebuah organisasi akan tercapai sekiranya pegawai dan  kakitangannya berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dengan kadar pantas serta  mengamalkan nilai-nilai asas seperti integriti, prestasi kerja yang berkualiti dan berilmu Pengetahuan yang luas. Oleh hal yang demikian, KETENGAH telah mengadakan satu program “Passion To Lead Rural Transformation” pada 29 hingga 30 Mac 2017 bertempat di Hotel Grad Continental, Kuala Terengganu. Objektif utama program ini adalah untuk memberi keyakinan yang tinggi untuk memimpin sesebuah organisasi, mengubah cara pemikiran lama kepada yang luar biasa dan menerapkan kerja dalam satu pasukan dikalangan pegawai dan kakitangan bagi mencapai matlamat kementerian.

Kongsi artikel ini