Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Mesyuarat Cadangan Pengukuhan Penjawatan di Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir

Pada 11 dan 12 Julai 2017, satu Program Mesyuarat Cadangan Pengukuhan Penjawatan di Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir telah dilaksanakan. Ini kerana keperluan penjawatan amat diperlukan  setelah KETENGAH diberikan kuasa bagi melaksanakan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir. Rombongan ini diketuai oleh Encik Mohamad Fauzi bin Mad Isa, Timbalan Pengarah Kanan Sektor Perundingan dan Pembangunan 1, Jabatan Perkhidmatan Awam. Rombongan telah dibawa melawat kawasan Pejabat KASTAM, Kompleks Perumahan, Projek Pembangunan di Pulau Bayas dan Santuari Kelah.

Kongsi artikel ini