Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Aidilfitri eratkan hubungan silaturahim.

Pada 16 Julai 2017, satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tasik Kenyir telah berlangsung dengan meriahnya. Majlis ini telah diadakan di Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir Terengganu bermula dari jam 10 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Selain mengeratkan ikatan persaudaraan di antara pegawai dan kakitangan KETENGAH bersama pemain industri pelancongan dan penduduk sekitar Tasik Kenyir, ianya secara tidak langsung mempromosikan Tasik Kenyir sebagai salah satu pusat tarikan pelancong di negara kita. Di antara tetamu yang hadir ialah, mantan Pengurus Besar KETENGAH, pesara-pesara KETENGAH, jabatan dan agensi kerajaan, pemimpin-pemimpin setempat, pengusaha-pengusaha pelancongan Tasik Kenyir dan penduduk sekitar.

Kongsi artikel ini