Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Sejarah Tercipta

Majlis Pelancaran Operasi Jualan Bebas Tasik Kenyir pada 1 Ogos 2017 ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman.

Pembangunan Zon Bebas ini berfokus kepada pembangunan Fasa Pertama di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Pulau Bayas bagi menyokong pembangunan pelancongan akua-eko dalam mengukuhkan fungsi Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa yang dapat mengetengahkan pelbagai produk pelancongan bertaraf tinggi.

Bagi penjualan yang bermula pada hari lni melibatkan aktiviti peruncitan yang tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol dan rokok termasuk tembakau. Antara barangan yang akan menjadi tunggak Zon Bebas Tasik Kenyir ialah coklat, pinggan mangkuk dan alatan dapur, perfume dan juga luggage (beg/bagasi).

Zon Bebas Tasik Kenyir akan saling lengkap melengkapi dengan tarikan-tarikan sediada di Tasik Kenyir seperti Kenyir Island Hopping (KlH), Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) dan sebagainya bagi menjadikan Tasik Kenyir sebuah destinasi premium dan ‘destinasi wajlb lawat’ di Terengganu.

KETENGAH percaya pengoperasian ini akan menyemarakkan Iagi pelancongan di Tasik Kenyir dan dijangka akan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke sini. Penduduk tempatan juga akan sama-sama menikmati hasil daripada pembangunan yang jalankan ini di mana peluang peluang perniagaan dalam pelbagai bidang akan terbuka dengan Iebih luas Iagi berikutan pertambahan bilangan pengunjung yang dijangka akan ke Tasik Kenyir.

Pelancaran Operasi Jualan Zon Bebas Tasik Kenyir ini merupakan satu titik tolak kepada dimensi baru pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir.

 

Kongsi artikel ini