Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Silaturrahim Dieratkan Melalui Aktiviti Kesukanan

Program Jalinan Mesra Kasih Masyarakat Al Muktafi Billah Shah 2017 merupakan aktiviti KETENGAH yang diadakan bertujuan memupuk semangat ukhwah dan merapatkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di antara Pemimpin,  KETENGAH, masyarakat setempat dan NGO’s di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS). Program  ini, melibatkan enam (6) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang terdapat di bandar AMBS dan merupakan satu alat penghubung di antara KETENGAH dengan para penduduk setempat

tanpa mengira fahaman politik bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan Bandar AMBS. Kompleks Sukan AMBS telah dijadikan tempat untuk program ini yang berlangsung pada 5 Ogos 2017. Pengisian program melibatkan acara sukan rakyat, senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Pemenang keseluruhan telah dimenangi oleh Taman Indah dan acara karaoke diungguli oleh adik Aina bt Aziz. YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun merangkap Timbalan Pengerusi KETENGAH hadir bagi acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH dan pegawai-pegawai kanan KETENGAH.

 

 

Kongsi artikel ini