Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Semarak Merdeka

Program sambutan bulan kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang merupakan acara tahunan KETENGAH dalam menyemarakkan semangat cinta akan Negara dan sebagai satu wadah bagi kita memperingati perjuangan pejuang-pejuang terdahulu dalam menabur bakti memperjuangkan kemerdekaan Negara. Pada 30 Ogos 2017, telah berlangsung Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Input Pertanian Program Peningkatan Pendapatan KETENGAH Tahun 2017, bertempat di Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merangkap ADUN Bukit Besi. Pada majlis tersebut, turut didengarkan deklamasi sajak oleh adik Nurul Syamimi Syafiqah binti Samsora dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi dan nyayian lagu-lagu patriotik dari adik Hafi Danishalili binti Mohd Hafiz, Pelajar tahun 6 sekolah Kebangsaan Bukit Besi. YB Tuan Haji Roslee telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, kampung-kampung dan mini RTC kawasan DUN Bukit Besi. Turut hadir pada majlis tersebut pegawai-pegawai kanan KETENGAH dan pemimpin tempatan.

Kongsi artikel ini