Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 6/2017

Pada 5 September 2017 (Selasa), satu Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 6 untuk tahun 2017 telah berlangsung bertempat di Dewan Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu KETENGAH Bersama Membangun. Semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta anak syarikat yang menghadiri majlis ini ditayangkan dengan video sorotan aktiviti KETENGAH yang dijalankan sepanjang Julai hingga September 2017. Dalam majlis ini juga, turut memperkenalkan 6 orang pelajar yang menjalani latihan industri.

Ketika berucap, Ybhg, Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH menekankan aspek disiplin, integriti dan penyalahgunaan ICT selain mengingatkan semua kakitangan dapat menyokong aktiviti yang dijalankan oleh KETENGAH dan anak syarikat. Beliau juga mengingatkan kepada semua kakitangan mengenai sambutan Festival Kenyir 2017 yang akan berlangsung di Pengkalan Gawi pada 14-17 September 2017.

Turut diumumkan dalam majlis berkenaan, kenaikan pangkat kumpulan pengurusan dan profesional seramai 8 orang. Sebelum majlis berakhir, En Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, selaku Timbalan Pengurus Besar (Operasi) yang baru menggantikan En Che Mukhtar bin Che Ali yang bersara wajib telah mengetuai bacaan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan diwajibkan menandatangani perakuan Akta Rahsia Rasmi tersebut.

 

Kongsi artikel ini