Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

KUD 2017

Karnival Usahawan Desa (KUD) merupakan projek di bawah program pemasaran untuk mempromosi dan memperluaskan akses pasaran yang akan dapat memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar melalui gabungan pelbagai strategi pemasaran dalam satu program.

KUD memberi tumpuan utama terhadap aktiviti-aktiviti mencipta peluang pasaran seperti pemadanan perniagaan, mempelbagaikan jaringan perniagaan di samping meningkatkan semangat daya saing di antara usahawan melalui prinsip promosi, produk, penempatan dan penetapan harga berteraskan konsep pemasaran 4P (Kotler’s Marketing Mix). Ia akan dapat mencipta peluang untuk produk/ perkhidmatan luar bandar meneroka potensi pasaran.

KETENGAH turut serta menyertai karnival ini dengan menghantar seramai 33 usahawan bimbingannya dalam pelbagai bidang.Disamping itu pihak KETENGAH turut membuka gerai pameran di karnival tersebut dengan menampilkan produk-produk usahawan dan pelancongan di sekitar wilayah KETENGAH dan Negeri Terengganu.  Karnival dwitahunan yang bermula 19 Okt yang akan berakhir hari ini. 'Usahawan Desa Produk Global' dan hashtag #supportlocal, KUD 2017 menawarkan jualan produk usahawan yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, ICT dan ICT Kreatif serta perkhidmatan dan pelancongan.

Majlis perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober 2017bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

 

Kongsi artikel ini