Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Perhimpunan Bulanan KETENGAH

Pada 5 November 2017 (Ahad) telah berlangsung perhimpunan bulanan KETENGAH kali ke 7 bagi tahun 2017. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan KETENGAH dan juga anak Syarikat. Program  dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu KETENGAH Bersama Membangun, kemudian disusuli dengan tayangan video aktiviti sepanjang bulan September hingga Oktober 2017.  Dalam ucapan Ybhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerana komitmen dan kesungguhan menjayakan Festival Kenyir baru-baru ini serta program-program lain yang dianjurkan.Beliau juga menekankan soal integriti dan berkerja dalam satu pasukan. Majlis kemudian diteruskan dengan ceramah Ancaman Keselamatan Semasa dan Militan DAESH.

 

Kongsi artikel ini