Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Kecil bagi kita, besar bagi mereka

Majlis Back To School 2018 Wilayah KETENGAH Zon Al Muktafi Billah Shah dan Ketengah Jaya telah dijalankan pada 27 Disember 2017 bertempat di RTC Terengganu. YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH, telah turun padang menyerahkan bantuan tersebut. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, YBhg Abdul Mubin bin Ismail, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun Pegawai-pegawai Kanan KETENGAH dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Kanak-kanak ini juga ditawarkan gunting rambut secara percuma. Sesungguhnya biarpun kecil bagi kita tapi besar bagi mereka.

Kongsi artikel ini