Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Program Back To School 2018 Wilayah KETENGAH Zon Ceneh Baharu

Pada 30 Disember 2017 telah berlangsung satu Program Back To School 2018 bertempat di dewan orang ramai bandar Ceneh Baharu, Kemaman Terengganu. Seramai 400 orang penerima telah menerima bantuan yang berupa beg, buku dan alat tulis. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Mohd Zaki Bin Salleh yang mewakili YB Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, ADUN Air Putih. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), YBhg. Tengku Ahmad Nadzi bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), pegawai-pegawai KETENGAH dan pemimpin masyarakat.

Kongsi artikel ini