Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Perhimpunan Bulanan KETENGAH.

Pada 7 Januari 2018, telah berlangsung Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Pertama Tahun 2018, bertempat di Dewan Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan lagu Bersama Membangun serta disusuli sorotan video imbasan tahun 2017. Majlis ini menghimpunkan semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta anak-anak syarikat KETENGAH. Dalam ucapan YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH beliau menyeru supaya semua bersatu dengan satu suara, satu inspirasi, satu matlamat, satu pasukan dan satu gagasan bagi melahirkan KETENGAH cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi bagi tahun 2018 antaranya ialah, semua unit teknikal hendaklah bekerja dengan sepenuh daya dalam ruang lingkup kerja yang mencabar kerana Unit Pengurusan Projek Wilayah KETENGAH (UPPWK) telah tiada, memastikan kebersihan di setiap perbandaran sentiasa terjaga dan kemas, memperkukuhkan pembangunan di Tasik Kenyir untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai salah satu destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa, memperkasakan anak-anak syarikat KETENGAH dan kesedaran politik haruslah dipupuk pada setiap warga KETENGAH bagi memastikan kelangsungan kerajaan yang ada. Pada majlis yang sama ikrar bebas rasuah turut dilafazkan oleh semua pegawai dan kakitangan.

Kongsi artikel ini