Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Satu Pasukan, Satu Suara, Satu Hati

Skuad Sukarelawan KETENGAH turun padang bergotong royong pasca banjir bertempat di Kampung Pasir Raja, Dungun Terengganu pada 20 Januari 2018. Program yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Majlis Perbandaran Dungun, dan Syarikat Air Terengganu (SATU) bersama KETENGAH bersatu, mengembeling tenaga membersihkan kawasan yang terjejas akibat musibah banjir yang melanda baru ini. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap ADUN Bukit Besi dan YBhg Dato’ Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Pada majlis yang sama seramai 30 orang murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR telah menerima sumbangan.

Galeri Gambar : Facebook @LembagaKemajuanTerengganuTengah

Kongsi artikel ini