Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Bumbung Raja

Bumbung Raja

Bumbung Raja merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik di kawasan Hulu Dungun. Menurut Setiausaha Persatuan Sejarah Daerah Dungun, Wan Mohd Rosli bin Wan Ngah, kawasan Bumbung Raja  merupakan tempat persinggahan atau tempat bermalam anak-anak raja dari Inderapura atau dikenali Negeri Pahang pada kurun ke-17 yang datang ke sini selepas berburu untuk mendapatkan rusa, kijang, kancil , ikan dan sebagainya. Disini terdapat sebuah batu besar yang merupakan tempat persinggahan mereka.

 

Jarak perjalanan ke Bumbung Raja adalah 40 km dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan 110 km dari Bandar Kuala Terengganu. Kemudahan jalan raya telah disediakan oleh pihak kerajaan terus ke sini.

Selain sebagai salah satu tapak sejarah, hari ini pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti riadah, mandi-manda, menyelam, berkelah, berkhemah, memancing dan merentas denai hutan di samping boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.