Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Cemerung, Berembun dan Langsir (CBL)

Kenali Pusat Tarikan Pelancong di Wilayah Ketengah, Hulu Dungun, Chemerong, Gunung Berembun, Langsir (CBL).


Kepada mereka yang berminat dengan aktiviti kembara dan pencinta alam semula jadi, kawasan Hulu Dungun pasti menjanjikan pengalaman menarik dan tersendiri dengan keindahan flora dan fauna yang belum terusik. Chemerung, Gunung Berembun dan langsir (CBL) merupakan salah satu tempat yang tidak asing lagi dikalangan pendaki dan pencinta alam semula jadi. 

Pendakian akan bermula dari Hutan Lipur Chemerong yang terletak kira-kira 30 km dari Bandar Al-Muktafi billah Shah. Pengunjung akan melihat keindahan air terjun Chemerong yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. 
Bagi keselesaan dan kemudahan pendaki, tapak perkemahan telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang mana pengunjung boleh memilih untuk bermalam di kem B, Kem Y ataupun berdekatan air terjun Langsir. Ketinggian puncak Gunung Berembun ialah 3405 kaki.

Antara tempat menarik sepanjang pendakian ialah Taman Bonzai, pokok Seraya Besar, Sungai Bangan, pokok Meraga berlubang, pokok Orkid liar dan pelbagai lagi keindahan alam semula jadi yang belum terusik kekal di habitat asal.

Kepada mereka yang berminat, anda boleh berhubung dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di talian 09-6222444 untuk urusan permohonan permit. Anda juga diwajibkan menggunakan khidmat jurupandu atau maling gunung mengikut jumlah peserta yang terlibat. Di antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan ialah Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu (TENAGA) e-mel : tenaga.eco@gmail.com, no telefon 012-9297837 (En Khairul).

video kembara, klik di pautan ini https://youtu.be/YRbmL6rePTg?t=26