Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Bagaimana ke sana

Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk kemudahan pengunjung. Ini termasuklah Pusat Penerangan Pelancong, pusat jualan tiket bot, jeti penumpang, surau, kedai, kedai makan dan gerai, telefon awam, tandas awam, kawasan rekreasi dan kawasan berkhemah.

Jalan Udara

Bagi pengunjung yang ingin menggunakan penerbangan, MAS dan AirAsia menyediakan penerbangan harian dari KLIA dan LCCT untuk ke Kuala Terengganu. Dari situ anda boleh menyewa kenderaan yang bersesuaian ataupun menggunakan khidmat teksi untuk ke Tasik Kenyir. Pengunjung dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pula boleh menggunakan penerbangan Firefly untuk terbang terus ke Kuala Terengganu.

Jalan Darat

Jalan yang paling mudah ialah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur hingga ke Kuantan. Dari situ anda mempunyai dua pilihan iaitu menggunakan Jalan Jerangau Jabor hingga ke Ajil atau menggunakan jalan pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu sebelum sampai ke Ajil. Dari Ajil anda terus ke Kuala Berang dan kemudian terus ke Pengkalan Gawi. Bagi mereka yang datang dari utara anda boleh menggunakan dua jalan iaitu Lebuhraya Timur Barat melalui Gerik (Perak) ke Tanah Merah dan Pasir Putih (Kelantan) dan kemudian ke Besut hinggal ke Simpang Sungai Tong dan terus ke Tasik Kenyir. Anda juga kini boleh menggunakan Jalan Simpang Pulai - Kuala Berang melalui Gua Musang dan terus ke Tasik Kenyir.