Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Objektif dan Fungsi

OBJEKTIF

Objektif adalah berasaskan Perancangan Strategik KETENGAH sepuluh tahun (2001-2010) dengan matlamat :

  1. Melahirkan sekurang-kurangnya 5,000 orang "Ketengah - MAN" atau ringkasnya K-Man yang mempunyai ciri-ciri purata pendapatan bulanan tidak kurang RM2,000, komputer peribadi  di setiap rumah, berpendidikan sekurang-kurangnya SPM, anak-anak belajar di IPT, mempunyai kereta serta berperibadian mulia.
  2. Memberi tumpuan yang jitu ke arah pembangunan usahawan dengan bermatlamat untuk menambah pendapatan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) kepada sekurang-kurangnya RM1,000 ke atas.
  3. Menjadikan kawasan-kawasan indah di Wilayah KETENGAH termasuk Tasik Kenyir  sebagai destinasi pelancong terkemuka di rantau Asia Tenggara.
  4. Melahirkan masyarakat KETENGAH yang celik komputer dan segala pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang kerja.
  5. Mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang berpacukan pasaran dalam pelbagai bidang termasuk berasaskan sumber dan perkhidmatan dalam usaha melahirkan usahawan dalam Wilayah KETENGAH.
  6. Pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dengan pertumbuhan Industri Kecil  dan Sederhana (IKS) dan juga industri berat.
  7. Mengadakan kemudahan pendidikan dan latihan untuk penduduk memperolehi peluang bagi mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan ilmu untuk lebih berdaya saing.
  8. Meneruskan aktiviti penyediaan kemudahan fizikal untuk mempertingkatkan kualiti hidup disamping melahirkan usahawan dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan.
  9. Melaksanakan pendekatan baru Pembangunan Insan berdasarkan matlamat yang jelas sebagai pelengkap kepada program melahirkan K-Man.

FUNGSI

  1. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Terengganu Tengah.
  2. Memaju, menggalak, merancang dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Terengganu Tengah.
  3. Mengawal dan menyelaras pelaksanaan kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam kawasan Terengganu Tengah.