Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Homestay Kampung Pasir Gajah

Homestay Kampung Pasir Gajah

Kampung Pasir Gajah Kemaman, Terengganu, merupakan salah satu Kampung berada di Wilayah KETENGAH. kampung ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu,maka, dinamakan kampung ini kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda yang halus (pasir) dan binatang yang paling besar (Gajah). Dari lagenda penduduk setempat,kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang berketurunan Jambi,Sumatera,Indonesia iaitu Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama dengan pengikut-pengikutnya .

 

 
   

Description: Macintosh HD:Users:jamilmohd:Downloads:New Picture.png

Pengasas kampung Pasir Gajah YM Engku Hj Mahmud b Engku Abu Bakar

Description: Macintosh HD:Users:jamilmohd:Documents:tempat menarik:rumah jambi.jpg

Kampung ini dikategorikan sebagai sebuah kampung tradisional yang meliputi kawasan seluas 1,387 hektar di dalam kawasan Mukim Pasir Semut, Kemaman di dalam Wilayah Ketengah. Jaraknya dari Bandar Cukai ialah lebih kurang 15.5 kilometer. Kampung ini terdiri dari 5 gugusan kampung lain iaitu Kampung Tanah Lot, Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Laut dan kampung Batu 10.

Bagi mereka yang ingin merasai  suasana desa, pelancong boleh memilih untuk tinggal di Homestay Kampung Pasir Gajah. Tarikan utama di kampung ini seperti peninggalan sejarah Jambi iaitu Rumah jambi dan pusat penetasan Tuntung.

Description: Macintosh HD:Users:jamilmohd:Documents:tuntung.jpg

Terdapat dua unit homestay di kampung ini. Kadar bayaran yang dikenakan untuk semalaman sebanyak RM 80.00 sahaja. Keterangan adalah seperti dibawah:

  • 1 bilik mandi
  • bilik tidur lengkap dengan 1 Katil Double, 1 katil single dan almari
  • kelengkapan memasak asas (cth : pinggan,cawan,sudu,periuk nasi, kettle)
  • Peti Sejuk
  •  ruang makan lengkap dengan kerusi dan meja
  • televisyen lengkap dengan astro

 

 

Description: Gambar N Video KETENGAH:gambar kawasan Menarik:zon ceneh:Homestay P.gajah:IMG_6125.JPG

Pandangan hadapan 

1katil Double dan 1 Katil Single + TV + Astro

 

Berminat , sila hibungi  No Telifon : 014-8350434 (Kak Nora) @ 013-9393713 (Syamsul)

http://e-komunitipasirgajah.blogspot.my/2008/12/sejarah-kampung-pasir-gajah.html