Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Pencapaian Piagam Pelanggan

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI JAN SEHINGGA JUN 2017

*Pencapaian Piagam Pelanggan dikemaskini dalam tempoh 6 bulan.

BIL PIAGAM PELANGGAN JUMLAH KES PERATUS PENCAPAIAN (%) CATATAN
1 Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, efisien dan sempurna selaras dengan fungsi lembaga. 0  100%  Layanan berkualiti sentiasa diutamakan bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.
2

Permohonan penyewaan rumah kediaman/kedai diberi keputusan dalam masa 7 hari bekerja.

61  100%


 

3 Memastikan perkhidmatan mengankut sampah dijalankan mengikut jadual pada setiap hari bekerja di semua perbandaran KETENGAH. Pungutan sampah setiap hari  100%

 Sampah dipungut mengikut jadual

4 Menyediakan kemudahan, aktiviti dan layanan yang berkualiti kepada pengunjung di Tasik Kenyir.  

 60%

Kemudahan seperti surau, kedai makan serta lain-lain telah dinaiktaraf dan juga dibina baru.

Kemudahan seperti hotel dan medan selera juga sedang dalam pembinaan bagi memberi kemudahan kepada pengunjung.

Kawasan meletak kenderaan yang disediakan sentiasa dijaga agar memuaskan hati pengunjung.

Kemudahan di kawasan tarikan di Tasik Kenyir juga diselenggara secara berkala sepanjang tahun.

Tempat-tempat dan kemudahan berkaitan yang diselenggara secara berkala adalah sebagaimana berikut :-

a) Kerja-kerja Pembersihan dan Penyelenggaraan Kawasan Serta Kerja-kerja Berkaitan di kawasan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,Hulu Terengganu, Terengganu.

b) Kerja-kerja Pembersihan dan  Penyelenggaraan Kawasan Serta Kerja-kerja Berkaitan di Kawasan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu. 

c) Kerja-kerja Pembersihan dan Penyelenggaraan Kawasan Serta Kerja-kerja Berkaitan di Kawasan Air Terjun Lasir, Saok, Tembat, Gua Bewah, Cicir/ Perpek dan Pulau Petang,Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu.

d)    Kerja-kerja Pembersihan dan Penyelenggaraan Kawasan Serta Kerja-kerja Berkaitan di Taman Herba, Pulau Sah Kecil, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu·  

Aktiviti-aktiviti promosi yang berlangsung di Tasik Kenyir dari Januari – Julai 2017 ialah:-

  • Pasar Percuma pada 20 Mei 2017
  • Fun Ride Tasik Kenyir pada 13 Mei 2017 

Layanan berkualiti kepada pengunjung sentiasa diutamakan bagi memenuhi kehendak pengunjung terutama di Pusat Penerangan Kenyir (PPK) serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan juga disediakan

 

5 Melaksanakan program pendidikan, latihan, keagamaan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan kepada 5,000 orang setahun.  9 program  100%
  • 9 sub-program telah dilaksanakan.
  • Penyertaan peserta sehingga Jun 2017 seramai 7,046 orang.
6 Melaksanakan program bantuan khidmat nasihat, pembangunan produk dan pemasaran yang berterusan kepada 500 orang setahun.  990 orang  100%

11 program pameran ekspo dan jualan melibatkan 116 orang usahawan

10 program kursus, seminar dan latihan melibatkan 212 orang usahawan

662 orang peserta projek agrotani dan agroternak

7 Melaksanakan program latihan dan kemahiran kepada 5,000 orang penduduk melalui 34 mini RTC.  2600 orang  52% Berjaya melaksanakan 108 aktiviti/ program latihan dan kemahiran serta karnival.
8 Memastikan Program Bantuan Rumah (PBR) bina baru siap dibina dalam tempoh 4 bulan dan baikpulih siap dibina dalam tempoh 2 bulan selepas surat lantikan dikeluarkan.  

Dungun - 0%

Kemaman - 0%

Hulu Terengganu - 0%

Peruntukan belum diperolehi dan kontraktor masih belum dilantik
9 Memastikan semua aduan awam diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.  6 aduan  100%

Sebanyak 6 aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan kesemua aduan ini telah diberi maklumbalas / surat akuan terima dalam tempoh 3 hari bekerja