Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Piagam Pelanggan

  1. Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, efisien dan sempurna selaras dengan fungsi Lembaga.
     
  2. Permohonan penyewaan rumah kediaman/kedai diberi keputusan dalam masa 7 hari bekerja.
     
  3. Memastikan perkhidmatan mengankut sampah dijalankan mengikut jadual pada setiap hari bekerja di semua perbandaran KETENGAH.
     
  4. Menyediakan kemudahan, aktiviti dan layanan yang berkualiti kepada pengunjung di Tasik Kenyir.
     
  5. Melaksanakan program pendidikan, latihan, keagamaan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan kepada 5,000 orang setahun.
     
  6. Melaksanakan program bantuan khidmat nasihat, pembangunan produk dan pemasaran yang berterusan kepada 500 orang setahun.
     
  7. Melaksanakan program latihan dan kemahiran kepada 5,000 orang penduduk melalui 34 mini RTC.
     
  8. Memastikan Program Bantuan Rumah (PBR) bina baru siap dibina dalam tempoh 4 bulan dan baikpulih siap dibina dalam tempoh 2 bulan selepas surat lantikan dikeluarkan.
     
  9. Memastikan semua aduan awam diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.