Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Objektif Bahagian :-

  • Mengubah operasi jabatan melalui penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  • Mewujudkan masyarakat yang berasaskan pengetahuan (K-Society) melalui galakkan pembangunan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang menyeluruh dalam semua bidang.
  • Menggalakkan penggunaan ICT secara optimun bagi meningkatkan daya saing serta taraf hidup masyarakat dalam wilayah KETENGAH.
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur dan pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam usaha untuk mengurangkan jurang digital di kalangan penduduk wilayah KETENGAH.

Fungsi Bahagian :-

  • Merangka strategi Sistem Aplikasi KETENGAH
  • Merangka strategi Program ICT di kawasan KETENGAH
  • Menyediakan program - program komputer di kawasan KETENGAH
  • Menyelenggara dan mengawasi semua kerja - kerja projek komputer KETENGAH
  • Memantau keberkesanan Program Mini RTC dan ICT
  • Menyelenggara Rangkaian KETENGAH.Net di Ibu Pejabat dan Perbandaran KETENGAH
  • Mengada dan menguruskan latihan IT dan ICT termasuk Usahawan IT.