Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Kubu Mat Kilau

Kubu Mat Kilau terletak di Padang Jerangau, kampung Batu Lintang, Hulu Dungun. Kedudukannya lebih kurang 10 km dari kampung Pasir Raja. Kubu ini dibina dari benteng-benteng pasir berukuran 44 kaki lebar dan 51 kaki 6 inci panjang. Ketinggian asal mencecah 5 kaki atau paras dada orang dewasa. Kubu yang dibina daripada timbunan tanah dan pasir itu dilengkapi dengan 2 pos kawalan yang terletak di bahagian penjuru bertentangan manakala bahagian pintu masuk seluas 4 kaki.

Kubu ini telah digunakan oleh Pahlawan Mat Kilau yang melarikan diri daripada buruan penjajah Inggeris yang diketuai oelh Hugh Clifford, Residen British sekitar tahun 1895.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melihat sendiri kawasan kubu tersebut, anda perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda dan berjalan kaki selama satu jam dan menyusuri Sungai Bemban sejauh 600 meter.

Dalam perjalanan ke kubu anda akan menemui sebatang Pokok Kekabu Bukit yang unik kerana durinya yang besar.

Sekarang kubu mat kilau telah hilang bentuk asalnya oleh kerana mendapan tanah dan faktor alam.