Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Unit Integriti

UNIT INTEGRITI KETENGAH

Penubuhan Unit Integriti merupakan satu lagi komitmen kerajaan bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa sama meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan agensi-agensi awam sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti Di semua Agensi Awam.

Unit Integriti KETENGAH telah diwujudkan secara rasmi mulai 1 Januari 2014 yang diketuai oleh seorang Ketua Unit iaitu Encik Abd Ghaffar bin Ibrahim, dan dibantu oleh beberapa pegawai dan kakitangan kumpulan pelaksana. Unit ini diletakkan dibawah tanggungjawab Pengurus Besar dan dikawal selia oleh Bahagian Khidmat Pengurusan KETENGAH.

Antara fungsi teras / utama Unit Integriti KETENGAH ialah :-

  1. Tadbir Urus - Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  2. Pengukuhan Integriti - Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  3. Pengesanan dan Pengesahan - Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  4. Pengurusan Aduan - Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  5. Pematuhan - Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  6. Tatatertib -Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib