Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah | ketengah[at]ketengah.gov.my | Tel : (09) 823 1000 Faks : (09) 8223 105

Visi dan Misi

Ketengah sebagai peneraju pembangunan wilayah dalam tempoh 10 tahun beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan, taraf kualiti hidup dengan mewujudkan program-program strategik yang berpacukan sasaran.

HALA TUJU

Hala Tuju KETENGAH sehingga tahun 2020 berdasarkan kepada senario perubahan pembangunan yang berlaku di dalam dan di luar wilayah, selaras dengan kemudahan dan peluang yang akan dapat disediakan bagi kemajuan wilayah ini.

VISI

Menjadikan KETENGAH Maju dengan masyarakat yang progresif dan produktif menjelang tahun 2020.

MISI

Menjadikan KETENGAH sebagai peneraju pembangunan wilayah sehingga tahun 2020 beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan dan kualiti hidup menerusi 12 Program Strategik.

Misi KETENGAH akan dijelmakan dalam tiga dimensi menjelang tahun 2020 :

  • Organisasi
    • KETENGAH menjadi organisasi yang terkemuka dalam pembangunan wilayah.
  • Kawasan
    • Menjadikan Wilayah KETENGAH sebagai tempat kediaman dan kawasan industri/perusahaan yang terbaik.
  • Insan ( Manusia )
    • Penduduk wilayah KETENGAH merupakan insan yang berilmu, berteknologi, berkemahiran dan seimbang di dalam segala lapangan hidup (Khairul Ummatun).